Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang Julai 2018

Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang Julai 2018

Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang Julai 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang Julai 2018. Iklan jawatan kosong kerajaan melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29

Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang Julai 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Peluang kerja kosong mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari tahun 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus.

Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar bandar.

Visi

Menjadi Peneraju Transformasi Pertubuhan Peladang dan Peladang Produktif Dalam Sektor Pertanian.

Misi

Membangunkan Pertubuhan Peladang Sebagai Pemberi Perkhidmatan Berkesan Bagi Melahirkan Peladang Produktif.

Fungsi LPP seperti yang termaktub di dalam Akta, adalah seperti berikut :-

Untuk menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang.
Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyan 10, untuk merancang dan melaksanan sesuatu pembangunan pertanian di dalam Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan: dan
Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.
LPP melaksanakan semua aktiviti ini yang boleh dikumpulkan dalam tiga fungsi utama iaitu : fungsi sebagai Pendaftar: fungsi sebagai Agen Pengurusan : dan Fungsi sebagai agen Pembangunan.

i. Fungsi Pendaftar

Ketua Pengarah LPP ialah Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang (PP) dan koperasi berasaskan pertanian dan bertanggungjawab untuk mendaftar, menyelia dan mengawal termasuk pengauditan akaun semua PP dan koperasi yang berasaskan pertanian. Kuasa dan tugas agensi dan pendaftar adalah berhubungan dengan :

Pendaftar PP dan koperasi berasaskan pertanian
Menyelia dan mengawal semua aktiviti PP dan koperasi berasaskan pertanian.
Mengaudit dan mengawal akaun
Membatal pendaftaran termasuk memansuhkan satu-satu pertubuhan: dan
Memberi pendidikan dan latihan untuk ahli
Pendaftar telah melantik Ketua Eksekutif bagi agensi-agensi berkenaan sebagai wakilnya bagi memudah kelancaran dan keberkesanan tugas-tugas dan tanggungjawab pendaftar di kawasan MADA, KADA dan negeri Sarawak. Pengarah-pengarah LPP negeri juga telah dilantik. Namun kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung, memansuh dan sebagainya masih lagi dipegang oleh Pendaftar.

ii. Fungsi Pengurusan

LPP memberi khidmat pengurusan PP untuk melancarkan operasi dan melaksanakan projek secara cekap. khidmat yang diberikan termasuk pentadbiran kakitangan, khidmat pengurusan, latihan untuk kakitangan PP dan khidmat perundingan.

iii. Fungsi Pembangunan

Teras utama LPP adalah untuk meneroka pembangunan ekonomi dan sosial PP dan melaksanakan projek secara cekap dan bersepadu bagi meningkatkan lagi pendapatan PP seterusnya memberi faedah kepada ahli-ahli. Dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan RMKe-9 (2006 – 2010), Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM291 juta khusus untuk pembangunan ekonomi dan sosial PP.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang Julai 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Pertubuhan Peladang. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 17 Julai 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam