Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Julai 2018

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Julai 2018

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Julai 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Julai 2018. Iklan jawatan kosong kerajaan melibatkan lokasi Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Executive, Secretarial
2. Executive, Legal
3. Deputy Director, Legal

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Julai 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Peluang kerja kosong mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Dalam satu sidang khas Parlimen pada pertengahan 2005, Parlimen Malaysia meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak). Pindaan diwartakan pada 10 Februari 2005 dan ia dikuatkuasakan pada 21 Mac 2005.

Dengan pindaan itu, Kerajaan Persekutuan akan mengawal selia industri perkhidmatan air dari segi pelesenan dan kawal selia operator perkhidmatan. Kerajaan Negeri mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, kawasan tadahan air dan lembangan sungai.

Pada Pertengahan 2006, Parlimen Malaysia meluluskan dua undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 atau Akta SPAN dan Akta Industri Perkhidmatan Air iaitu Akta 655. Akta 654 menggariskan peranan, fungsi dan bidang tugas SPAN manakala Akta 655 memperuntukkan kawal selia meliputi ekonomi, teknikal dan sosial serta perlindungan hak pengguna.

Objektif
Mewujudkan suatu struktur perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang telus dan bersepadu untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan dan cekap kepada pengguna;

Memastikan bekalan air yang tersedia ada dan berkekalan untuk jangka masa panjang termasuk pemuliharaan air;

Menyumbang kepada kekekalan alur air dan kawasan tadahan air;

Memudahkan kemajuan persaingan untuk menggalakkan ekonomi dan kecekapan dalam industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;
Menubuhkan suatu persekitaran pengawalseliaan yang memudahkan kekekalan keupayaan kewangan antara pengendali industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan bagi jangka masa panjang;

Mengawal selia untuk faedah pengguna bagi jangka masa panjang;
Mengawal selia tarif dan memastikan penyediaan perkhidmatan yang berpatutan atas asas ekuiti;

Meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran melalui pengurusan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan yang berkesan dan cekap;

Menubuhkan suatu sistem kebertanggungjawapan dan pengelolaan antara pengendali industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;

Mengawal selia keadaan selamat dan keselamatan sistem bekalan air dan sistem pembetungan.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Julai 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 20 Julai 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam