Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun Terengganu April 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun Terengganu April 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun Terengganu April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun Terengganu April 2017. Jawatan ini melibatkan Majlis Perbandaran Dungun. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Akauntan Gred W41
2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA 29
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
5. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
6. Juruteknik Komputer Gred FT19
7. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
8. Pemandu Kenderaan Gred H11
9. Penghantar Notis Gred N11
10. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19
11. Pegawai Penilaian Gred W41
12. Jurutera Gred J41
13. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
14. Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41
15. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
16. Pembantu Operasi Gred N11
17. Pembantu Awam Gred H11
18. Pembantu Khas / Pembantu Setiausaha pejabat /Setiausaha pejabat Gred N19/22

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun Terengganu April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.

Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.

Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.

Lokasi Daerah Dungun yang terletak di laluan antara Pantai Barat dan Pantai Timur memberikan impak kepada kepesatan pembangunan ekonomi di kawasan ini terutamanya dalam sektor perindustrian yang berasaskan petroleum dan gas yang berhampiran dengan Kerteh, Kemaman.

Sebahagian besar kawasannya bertanah rendah dan gunatanah memperlihatkan bahawa lebih 50% kawasan telah dibangunkan untuk pelbagai kegunaan. Kira-kira 21.1% kegunaan tanah telah dibangunkan untuk kediaman, dan diikuti pertanian 11.7 %. Kawasan hutan belukar dan berpaya masing-masing 20.1% dan 21.1%.

Kepesatan pembangunan aktiviti petroleum dan gas di kawasan Kerteh, Kemaman yang bersempadan dengan kawasan Paka, Dungun telah memberikan impak pembangunan kepada Daerah Dungun secara langsung dan meningkatkan pembangunan berbentuk ekonomi dan fizikal di kawasan Dungun. Senario ini menyokong kepada kenaikan taraf Majlis Daerah Dungun kepada Majlis Perbandaran.

Bandar Kuala Dungun merupakan pusat pentadbiran dan bandar utama. Selain dari itu terdapat sebuah lagi bandar iaitu Pekan Paka.

Mesyuarat MMKN bertarikh 15 Ogos 2007 telah bersetuju menaiktaraf MAJLIS DAERAH DUNGUN kepada MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN mulai 1 Januari 2008.

Upacara pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun telah diadakan pada 20.08.2008 (Rabu) bersamaan 18 Syaaban 1429H di Dataran Dewan Merdeka, Dungun. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja DK., SSMT., Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu. Kira-kira 25,000 pengunjung membanjiri Dataran Dewan Merdeka untuk menyaksikan upacara pemasyhuran MPD.Berikutan itu, daerah Dungun majlis daerah yang ketiga yang dinaik taraf sebagai perbandaran. Hadir sama bagi menyaksikan malam yang bersejarah itu adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun Terengganu April 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web MPD. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Perbandaran Dungun. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 14 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam