Jawatan Kosong Institut Sukan Negara Malaysia April 2017

Jawatan Kosong Institut Sukan Negara Malaysia April 2017

Jawatan Kosong Institut Sukan Negara Malaysia April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Institut Sukan Negara Malaysia April 2017. Jawatan ini melibatkan Institut Sukan Negara. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. JURUTERA J41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

Jawatan Kosong Institut Sukan Negara Malaysia April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Perkhidmatan perubatan dan sains sukan mula ditawarkan kepada para atlet negara menerusi Unit Perubatan di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) pada tahun 1977. Berikutan dengan perkembangan pembangunan sukan di Malaysia, Majlis Sukan Negara (MSN) diaktifkan pada tahun 1981. Lanjutan daripada itu, fungsi dan peranan Unit Perubatan di KKBS telah diserapkan ke dalam Majlis Sukan Negara untuk terus memberi perkhidmatan perubatan am dan pengurusan kecederaan sukan kepada atlet negara.

Menjelang tahun 1982, unit ini telah mengorak langkah untuk memperkembangkan keupayaannya dengan memasukkan elemen sains sukan seperti fisiologi, pemakanan dan psikologi di dalam perkhidmatannya. Beberapa orang pegawai telah dikenalpasti dan dihantar menjalani latihan dalam perkhidmatan di dalam bidang masing-masing hingga ke tahap ijazah sarjana.

Pada tahun 1984, unit ini telah dinaik taraf menjadi Bahagian Sains Sukan di Majlis Sukan Negara dan ketika itu masih menumpukan perkhidmatan kepada para atlet elit negara yang giat menjalani latihan untuk bertanding di temasya-temasya sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Selain itu, bahagian ini juga mengendalikan program kejurulatihan dan pengenalpastian bakat (Talent Identification).

Dasar Sukan Negara yang digubal pada tahun 1988 telah menegaskan supaya Institut Sukan Negara (ISN) diwujudkan untuk menjalankan penyelidikan sains, memberi latihan kepada ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan kakitangan lain serta berfungsi sebagai pusat sumber sukan negara.

Pada tahun 1994, Bahagian Sains Sukan dimansuhkan dan dinaik taraf menjadi Institut Sukan Negara (ISN) dan diletakkan sebagai salah satu bahagian di Majlis Sukan Negara. Berikutan itu juga, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan 4 cawangan di bawah ISN iaitu Cawangan Pusat Sumber yang melibatkan perkhidmatan perpustakaan dan penyebaran maklumat sukan, Cawangan Pembangunan Kurikulum dan Latihan untuk melaksanakan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dalam bidang kejurulatihan sukan spesifik dan sains sukan, Cawangan Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Cawangan Sains Sukan yang meliputi bidang latihan dan suaian fizikal, fisiologi, biomekanik dan psikologi sukan.

Selain perubatan sukan dan disiplin sains sukan seperti fisiologi, pemakanan, suaian fizikal, psikologi dan biomekanik, elemen lain seperti kejurulatihan dan pengurusan maklumat juga diserapkan ke dalam struktur ISN sesuai dengan peranan dan tanggungjawabnya pada masa itu dalam menyokong prestasi atlet elit negara.

Pada tanggal 1 April 1996, ISN berpindah dari Stadium Jalan Raja Muda ke lokasi sekarang iaitu di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

Tanggal 25 April 2007, Y.B Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu telah memutuskan supaya perubahan dan fungsi ISN dilakukan dengan memisahkan ISN daripada MSN. Pemisahan ini menjadikan ISN sebagai satu entiti yang memberikan tumpuan kepada sains, perubatan dan penyelidikan sukan di Malaysia serta memberikan perkhidmatan sokongan saintifik kepada atlet elit sehingga ke peringkat akar umbi.

Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Bil. 21/2008 pada 04 Julai 2008 telah memutuskan supaya fungsi kejurulatihan dipindahkan dari Institut Sukan Negara (ISN) ke Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN).

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 September 2008 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Institut Sukan Negara sebagai badan berkanun di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Pada 14 Mac, bacaan pertama Rang Undang-Undang ISN di Dewan Rakyat telah diperdengarkan dan diikuti bacaan kedua pada 16 Jun 2011 dan bacaan ketiga pada 27 Jun 2011 di Dewan Rakyat.

Bacaan pertama, kedua dan ketiga Rang Undang-Undang ISN seterusnya telah dibaca pada 6 dan 7 Julai 2011 di Dewan Negara. Pada 5 Ogos 2011, Rang Undang-Undang ISN tersebut telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pada 16 September 2011, Akta ISN Bil. 729 dikuatkuasakan. Seterusnya ISN diumumkan sebagai Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Permohonan Jawatan Kosong Institut Sukan Negara Malaysia April 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web ISN. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Institut Sukan Negara. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 10 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam