Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan April 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan April 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan April 2017. Jawatan ini melibatkan Negeri Kelantan. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J41
2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
3. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
4. PEMBANTU TADBIR N19

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km. persegi.

Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.

Berdasarkan kepada keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005, ianya menjadikan keluasan pentadbiran Majlis kepada 867.67 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk majlis terdiri dari komposisi kaum utama iaitu Melayu 95%, kaum Cina 3% dan kaum India 1%.

Majlis Daerah Tanah Merah

Ditubuhkan pada tahun 1952 bagi mentadbir bandar Tanah Merah. Keluasannya adalah 1.95 km persegi yang kemudiannya di tambah menjadi 10.4 km persegi pada tahun 1958.

Ianya kemudian dinaikkan taraf kepada Lembaga Bandaran Tanah Merah pada tahun 1958.

Majlis Tempatan Gual Ipoh

Ditubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Gual Ipoh. Keluasannya ialah 7.8 km persegi.

Majlis Tempatan Kusial Baru

Ditubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Kusial Bharu. Keluasannya ialah 2.6 km persegi.

Ketiga-tiga Penguasa Tempatan telah digabungkan pada tahun 1979 dan ditubuhkan Majlis Daerah Tanah Merah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Selain daripada ketiga-tiga kawasan tersebut, Majlis Daerah Tanah Merah juga merangkumi kawasan yang lain seperti Bukit Bunga, Batang Merbau, Batu Gajah, Kuala Tiga dan Bukit Panau. Luas keseluruhan kawasan ialah 136.6 km persegi.

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan April 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web Kelantan. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 26 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam