Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman April 2017

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman April 2017

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman April 2017. Jawatan ini melibatkan Negeri Terengganu Darul Iman. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29
2. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19
3. PEMBANTU TADBIR P/O N19
4. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu. Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik,Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam – Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah.

Keluasan daerah tersebut :-

Kuala Terengganu – 60,654.3 hektar
Kemaman – 253,559.9 hektar
Dungun – 273,503.1 hektar
Marang – 66,654.3 hektar
Hulu Terengganu – 387,462.6 hektar
Setiu – 130,436.3 hektar
Besut – 123,367.8 hektar

Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang. Pada tahun 1951 seramai 236,300 orang. Seterusnya meningkat lagi pada tahun 1959 ke angka 278,147 orang dan tahun 1960 seramai 306,942. Pada tahun 1963 berjumlah 339,816 orang dan pada tahun 1970 berjumlah 405,751 orang. Jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini ( 1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India.

Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah perikanan. Hasil petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.

Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman April 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web Terengganu. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Kerajaan Negeri Terengganu. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 25 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam