Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor April 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor April 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor April 2017. Jawatan ini melibatkan Majlis Perbandaran Kulai. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. EKSEKUTIF PENTADBIRAN (10 KEKOSONGAN)
2. KERANI AKAUAN (12 KEKOSONGAN)
3. JURUTEKNIK AM (03 KEKOSONGAN)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Pada tahun 1920, Daerah Kulai asalnya di kenali sebagai Gui Lai yang bermaksud ‘kedatangan kura-kura’. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa tibanya musim hujan di mana kedua-dua belah tebing sungai Kulai pastinya akan di landa banjir. Akibatnya berpuluh-puluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak menghala ke arah pekan. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh di lihat pada catatan sebuah batu yang di tulis dalam bahasa Cina di Stesen Keretapi Kulai. Di sebabkan kesukaran untuk menulis perkataan Gui Lai dalam bahasa Cina , maka namanya telah di tukar kepada Kulai, dan ia terus kekal sehingga kini.
Kulai juga di katakan mendapat nama bersempena sebuah peristiwa banjir yang melanda pada sekitar tahun 1890-an. Sungai Kulai ketika itu amat penting oleh kerana ia merupakan nadi aktiviti harian penduduk sekitar yang bergantung kepada aktiviti tanaman.

Majlis Daerah Kulai telah di tubuhkan pada 1 Januari 1976. Ia di bentuk daripada gabungan 9 buah majlis tempatan, iaitu :
1) Kulai
2) Senai
3) Kelapa Sawit
4) Seelong
5) Saleng
6) Sengkang
7) Ayer Bemban
8) Sedenak
9) Bukit Batu

Pada awal penubuhannya, Majlis Daerah Kulai (MDK) mempunyai keluasan kawasan seluas 123.336 km persegi merangkumi 40 rantai kiri dan kanan jalan raya Persekutuan utama bagi menuju ke Bandaraya Johor Bahru, Senai, Ayer Hitam dan Kota Tinggi. Pentadbiran MDK juga meliputi laluan bagi Keretapi Tanah Melayu yang menghubungkan perjalanan daripada Utara hingga ke Selatan, dan ke Singapura. Lokasi strategik Kulai yang mudah untuk di hubungi dari pelbagai arah telah menyebabkan ia di pilih sebagai Ibu Pejabat untuk mentadbir kawasan-kawasan yang berada di bawah pentadbirannya.

Visi

Ke arah perbandaran cemerlang dan sejahtera.

Misi

Menuju ke arah sebuah pihak berkuasa tempatan yang dinamik dan efisien.

Memberikan perkhidmatan asas yang cemerlang dan terbaik.

Membuat dan melaksanakan perancangan yang teratur, berkualiti dan holistik.

Membina masyarakat penyayang, berilmu, berbudaya dan berdisplin.

Meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk selaras dengan dasar ekonomi negara.

Mengawal dan menguatkuasa perundangan serta kualiti alam sekitar.

Wawasan MPKu

Mewujudkan sebuah Majlis Perbandaran yang dinamik bagi memastikan tercapainya taraf kesejahteraan hidup yang sempurna, di samping meningkatkan taraf ekonomi yang bersesuaian dengan Dasar Ekonomi dan Pembangunan Negara.

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor April 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Perbandaran Kulai Johor. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 22 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam