Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017. Jawatan ini melibatkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1) PEMAJU MASYARAKAT KEMAHIRAN JAHITAN
2) PEMAJU MASYARAKAT KEMAHIRAN MASAKAN

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang merupakan singkatan daripada ‘Kemajuan Masyarakat’. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis.

Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Kerajaan berpendapat bahawa pendidikan literasi mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembangunan masyarakat. Berdasarkan dua dasar dan strategi perlaksanaan utama Pelajaran Dewasa yang digariskan melalui Kertas Kabinet Bil. 2/54/61, (iaitu membasmi buta huruf di kalangan penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan menulis rumi kepada bukan Melayu), gerakan membasmi buta huruf telah diperkenalkan berdasarkan 3 peringkat utama seperti yang telah dirancang oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien (pengumuman beliau ketika pelancaran Hari Kenal Huruf Sedunia pada tahun 1968).

Gerakan Pembasmian Buta Huruf telah dilaksanakan selama 15 tahun. Seterusnya, berdasarkan Kelas Asas Membaca dan Menulis, pelbagai kelas-kelas lain turut diwujudkan termasuk Kelas Bahasa Kebangsaan serta Kelas Bahasa Rumi (KBK/KBR). Hasilnya seramai 500,000 orang pelajar telah mendapat faedah dari program-program ini setiap tahun. Memandangkan keperluan permintaan yang kian meningkat setiap tahun, program pengambilan guru turut diadakan secara besar-besaran dan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang luas terutamanya kepada golongan yang boleh membaca dan menulis.

Latihan kepada golongan pengajar ini telah diberi secara berperingkat bagi menambah kemahiran sehingga melahirkan Kaedah Pengajaran dan Kurikulum Kelas Dewasa. Kurikulum ini meliputi pengawasan guru-guru oleh penyelia-penyelia berkelayakan yang dilantik melalui tapisan/ujian praktikal, kurikulum pelajaran berperingkat serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pendidikan 3M yang meliputi kaedah Zaaba yang dipermudahkan oleh Embong Yahya (bimbingan dalam kerja-kerja seharian seperti pertanian, kesihatan, rumahtangga dan pendidikan anak).

Dengan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, sebanyak 250 kelas telah berjaya dibuka di Sabah dan 60 kelas di Sarawak pada tahun 1965. Sempena pengistiharan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1965, KEMAS yang pada ketika itu dikenali sebagai Bahagian Pelajaran Dewasa telah mengadakan Kempen Bulan Bahasa secara aktif terutamanya di kalangan pelajar kelas dewasa. Pada tahun 1963, kerajaan mempergiatkan lagi usaha menarik minat lebih ramai pelajar terutamanya golongan wanita melibatkan diri dalam Kempen Bulan Bahasa dan sebagai salah satu usaha bagi membasmi masalah buta huruf di kalangan penduduk luar bandar.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 17 Oktober 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam