Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor April 2023

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor April 2023

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2023 menampilkan Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor April 2023. Dinyatakan Jawatan kosong terkini kerajaan melibatkan lokasi di Selangor. Tambahan pula, Jawatan Kosong PKNS 2023 mengikut senarai adalah seperti berikut:

  1. Akauntan Gred WA41 (Penolong Pengurus Pelaburan)
  2. Pegawai Tadbir Gred N41 (Penolong Pengurus Pemasaran)
  3. Pegawai Tadbir Gred N41 (Penolong Pengurus Pemasaran Strategik)
  4. Penolong Akauntan Gred W29 (Bahagian Pelaburan)
  5. Penolong Akauntan Gred W29 (Bahagian Pengurusan Risiko)
  6. Penolong Pegawai Tadbir N29 (Bahagian Pengurusan Risiko)

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor jawatan kosong yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Cara memohon jawatan kerajaan PKNS mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor April 2023

PKNS diterajui oleh Ahli Perbadanan yang dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Enakmen PKNS. Ahli-ahli jawatankuasa Perbadanan adalah seimbang dengan wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sekarang ialah melantik Ahli Perbadanan Bebas yang profesional bagi memastikan proses membuat keputusan dibuat secara profesional. Manakala wakil Kerajaan Pusat pula terdiri daripada dua orang wakil yang dilantik oleh Kementerian Kewangan dan seorang wakil yang dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri.

Bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran PKNS, Ahli-ahli Perbadanan telah menubuhkan beberapa jawatankuasa peringkat Perbadanan. Ia meliputi Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib, Jawatankuasa Exco, Jawatankuasa Audit serta Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti. Jawatankuasa Audit dipengerusikan oleh mantan Ketua Akauntan Negara dan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti pula dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Visi dan Misi

” Membina Komuniti , Memperkasa Kehidupan … Merealisasi Impian “
” Inovasi Berterusan , Perkhidmatan Melangkaui Ekspetasi , Modal Insan Yang Komited Dan Kompeten “

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan PKNS menuntut setiap anggotanya ” sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang mesra, produktif, proaktif, berkesan dan menghasilkan produk pembangunan hartanah yang berkualiti ” di dalam bidang Perkhidmatan Kontrak, Perkhidmatan Perolehan & Pengurusan Aset, Perkhidmatan Jualan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Perkhidmatan Kaunter.

Iklan jawatan kosong kerajaan Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 2023 boleh dimohon secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di PKNS. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Jumaat bertarikh 28 April 2023.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam