Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Ogos 2017

Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Ogos 2017

Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Ogos 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Ogos 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENERBITAN RANCANGAN B19 (40 KEKOSONGAN)

Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Ogos 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta tiga saluran televisyen. Moto utamanya dari 1987 hingga 2004 ialah “Teman Setia Anda” . RTM juga mempunyai orkestra simfoninya sendiri, iaitu Orkestra RTM.

Sejarah penyiaran radio di Malaya bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen diperkenalkan pada 31 Disember 1963 dari studionya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Kompleks Angkasapuri dan memulakan siaran pada 6 Oktober 1969. Enam hari selepas itu, iaitu pada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Perkhidmatan Televisyen mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan pada 17 November 1969.

Di Kompleks Angkasapuri, bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Radio dan televisyen berjalan seiring. Perkhidmatan radio Rangkaian Nasional memulakan perkhidmatan 24-jam pada 19 April 1971. Penambahan waktu siaran ini bertujuan memenuhi keperluan pendengar yang sedang menjalankan tugas selepas waktu tengah malam seperti anggota keselamatan, petugas di hospital, pemandu kenderaan awam dan pengangkutan serta pelajar.

Menjelang dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 pula, perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5 November 1973. Siaran ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang semakin sibuk yang memerlukan banyak informasi terkini di samping hiburan. Bagi memenuhi hasrat para peminat muzik yang sentiasa memerlukan persembahan berkualiti pula, perkhidmatan siaran radio FM Stereo diperkenalkan pada 20 Jun 1975.

Begitu juga dengan televisyen. 28 Disember 1978 merupakan 1-lagi detik penting dalam sejarah penyiaran negara, iaitu pelancaran televisyen warna oleh Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7 Mei 1979. Pengenalan perkhidmatan warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri, penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran, Bakat Televisyen, Bintang RTM, Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.

Setelah lebih 20-tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).

Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995, membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangakaian Internet.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Ogos 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Penyiaran Malaysia RTM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 13 Ogos 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam