Jawatan Kosong Pos Digicert Sdn Bhd Malaysia Ogos 2017

Jawatan Kosong Pos Digicert Sdn Bhd Malaysia Ogos 2017

Jawatan Kosong Pos Digicert Sdn Bhd Malaysia Ogos 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Pos Digicert Sdn Bhd Malaysia Ogos 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Senior .net Software Developer

Jawatan Kosong Pos Digicert Sdn Bhd Malaysia Ogos 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sejarah Pos Malaysia Berhad bermula pada awal tahun 1800an apabila perkhidmatan pos pertama diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), dan seterusnya berkembang ke seluruh Tanah Malaya pada abad ke-20.

Surat-surat pada mulanya dihantar melalui penghantar utusan atau pengirim khas. Pada waktu itu, setem tidak diguna-pakai, dan urusan pembayaran surat-menyurat dilakukan semasa surat diterima di kaunter pejabat pos dan resit akan dikeluarkan apabila surat telah diposkan.

Evolusi teknologi yang membawa kepada kelahiran internet, media digital serta perubahan tingkah laku konsumer, mula memberi kesan kepada pendekatan mel tradisional ini. Walau mempunyai nilai nostalgia dan lebih berbentuk peribadi, penggunaan mel tradisional ini semakin susut, dan mula diganti oleh media sosial serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pos Malaysia Berhad turut melalui proses evolusi apabila menjangkau abad ke-21 ini. Kami bukan lagi entiti tradisional yang boleh dipandang enteng, malah kami melalui proses transformasi untuk lebih berdaya saing dan menyesuaikan fungsi organisasi kami untuk memenuhi kehendak serta keperluan pelanggan dan pasaran masa kini.

Sejajar dengan peranan kami sebagai organisasi perkhidmatan pos negara, Pos Malaysia Berhad berubah menjadi entiti konglomerat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan rundingan dan penyelesaian serta khidmat kewangan dalam memastikan kami setanding dengan syarikat-syarikat lain di dalam dan luar negara.

Pos Malaysia Berhad adalah pembekal perkhidmatan logistik dan komunikasi yang terulung di Malaysia, dengan rangkaian luas yang merangkumi lebih 1,000 saluran di seluruh negara termasuk Cawangan Pos Malaysia, Pos Mini, Pos24 (Terminal Layan Diri), Pos-on-Wheels (Pos Bergerak), wakil pos dan wakil setem, menjadikannya salah satu daripada rangkaian yang terluas di Malaysia.

Pos Malaysia telah berkembang maju dan kini mengorak langkah daripada sekadar penyedia perkhidmatan pos sehingga menjadi penyedia komunikasi, perkhidmatan kewangan dan penyelesaian rantaian bekalan yang dinamik. Melangkah ke hadapan, Pos Malaysia akan meneruskan usaha untuk membangun dan memperbaharui kemampuannya bagi mengekalkan serta meningkatkan daya saing dan juga meneruskan kemampuannya untuk menghubungkan rakyat Malaysia ke serata dunia.

Permohonan Jawatan Kosong Pos Digicert Sdn Bhd Malaysia Ogos 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pos Digicert Sdn Bhd Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 13 Ogos 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam