Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Februari 2018

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Februari 2018

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Februari 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Februari 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi Putrajaya. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Februari 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM) mula ditubuhkan pada tahun 1957 dengan mempunyai tiga bahagian iaitu, Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Bahagian Keselamatan dan Risikan serta Urusetia bagi Penasihat Ekonomi. Hingga sekarang JPM mempunyai 45 buah agensi/jabatan yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri-menteri yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia adalah Nancy Shukri, Joseph Kurup, Abdul Wahid Omar, Jamil Khir Baharom, Idris Jala, Joseph Entulu Anak Belaun, Paul Low Seng Kuan, Shahidan Kassim, Mah Siew Keong dan Wee Ka Siong.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditubuhkan setelah Pejabat Ketua Setiausaha dimansuhkan. JPM ditubuhkan adalah bertujuan:

merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan matlamat Negara di samping menentukan bahawa keselamatan Negara untuk perlaksanaan dasar-dasar kerajaan bagi memberikan kebahagian dan kesempurnaan hidup rakyat Malaysia terjamin;

menentukan segala urusan dalam bidang pentadbiran, kewangan, perjawatan, perkhidmatan, istiadat dan keseluruhan jabatan dan pengurusan persidangan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan dari masa ke semasa.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan jabatan terpenting dalam sistem pentadbiran negara kerana berperanan sebagai pusat yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar utama Kerajaan. Semasa ditubuhkan, Jabatan ini terdiri daripada Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Bahagian Keselamatan dan Risikan dan Urusetia bagi Penasihat Ekonomi. Pegawai Tadbir Utama bagi Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), yang juga sebagai Ketua Setiausaha (KSU). Beliau dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU(Kabinet)), Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU). Pada 31 Ogos 1957, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ditubuhkan bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan agensi pusat kepada JPM.

Suruhanjaya ini berperanan melaksanakan perlantikan,pengesahan, perjawatan tetap, perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan kawalan tatatertib. Pada September 1957, Bahagian Kabinet dan Perlembagaan ditubuhkan dengan nama asalnya sebelum ini adalah Bahagian Cabinet. Pada tahun 1995, nama Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan mula digunakan pada 1 Julai 1995. Pada 4 September 1957 Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya, Suruhanjaya Piliharaya dianggotai oleh seorang pengerusi dan 2 orang ahli. Istana Negara diletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Februari 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 11 Februari 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam