Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial Mac 2017

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial Mac 2017

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial Mac 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial Mac 2017. Jawatan ini melibatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pegawai Pengurusan Gred 23
2. Pengurus Kes Gred 23
3. Jururawat Gred 23
4. Pegawai Esekutif Gred 19
5. Penolong Pengurus Kes Gred 19
6. Penolong Jurupulih Gred 12
7. Penyimpan Akaun Gred 12
8. Pegawai Kerani Gred 12
9. Pembantu Operasi Gred 9
10. Pembantu Am Pejabat Gred 6

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial Mac 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sejarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. PERKESO diamanahkan untuk mentadbir dua skim keselamatan sosial iaiatu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja daripada kejadian luar jangka bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan. Skim Keilatan pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.

Skim Keselamatan Sosial di negara ini sebenarnya bermula sejak tahun 1958 iaitu sejurus selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menjalankan satu kajian mengenai keselamatan sosial. Pada tahun 1962, sebuah jawatankuasa tertinggi telah dibentuk untuk mengkaji hasil kajian tersebut. Kajian oleh A.N. Ambo melalui ILO telah dijadikan asas bagi merangka rang undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja yang seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan April 1969 dikenali sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Kajian yang dibuat oleh A.N. Ambo telah memberi sumbangan yang besar ke arah menjamin perlindungan keselamatan sosial kepada tenaga kerja yang memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara. A.N. Ambo adalah merupakan seorang pakar sains sosial dari India, yang menjalankan kajian di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) ketika itu.

Permohonan jawatan ini boleh dilakukan secara online melalui laman web PERKESO. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pertubuhan Keselamatan Sosial. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 29 Mac 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam