
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban Januari 2019. Jawatan ini melibatkan lokasi Negeri Sembilan. Jawatan kosong MPS Negeri Sembilan yang tersenarai adalah seperti berikut:
- Penolong Pegawai Undang-Undang
- Penolong Pegawai Tadbir
- Pembantu Tadbir Kewangan
- Penjaga Jentera Elektrik
- Pembantu Kemahiran(Tukang Simen)
- Pembantu Kemahiran(Elektrik)
- Pembantu Operasi
- Pemandu Kenderaan
Majlis Perbandaran Seremban jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Majlis Perbandaran Seremban career mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban Januari 2019
Sebagaimana Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang lain di Malaysia, Majlis Perbandaran Seremban ditubuhkan bagi memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab seperti berikut :-
Memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran Majlis, diantaranya ialah perkhidmatan mengangkat sampah dan perkhidmatan pembersihan bandar.
Menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk di kawasan pentadbiran Majlis seperti penyelenggaraan jalan-jalan, longkang serta lampu jalan.
Menyediakan berbagai-bagai kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan penyelenggaraan taman bunga.
Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan.
Menceburkan diri dalam projek-projek pembangunan seperti usahasama membina pusat-pusat perniagaan dan gerai bagi memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Majlis Perbandaran Seremban Negeri Sembilan
Objektif
Meningkatkan pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkualiti.
Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berakauntabiliti.
Peningkatan pendidikan sivik dikalangan pelanggan MPS.
Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan profesional.
Peningkatan semua aspek infrastruktur dan prasarana kemudahan awam di Seremban.
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban Januari 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Perbandaran Seremban Negeri Sembilan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 29 Januari 2019.