Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia Jun 2017

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia Jun 2017

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia Jun 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia Jun 2017. Jawatan ini melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENGURUS KANAN UNIT SEKRETARIAL

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia Jun 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai “Addeen” agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah SWT memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba’ yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :

Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
Berasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia Jun 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Tabung Haji Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 6 Jun 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam