Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2020

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2020

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2020 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2020. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pemelihara Hutan Gred G41

Jabatan Perhutanan jawatan kosong yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.

Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia.

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2020

Di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan terdapat dua (2) Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) masing-masing bertanggungjawab terhadap enam (6) bahagian. Sementara itu, terdapat satu (1) Unit dan satu (1) Bahagian lain yang bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pengarah Perhutanan.

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) bertanggungjawab dalam bidang perancangan dan ekonomi hutan, pengurusan sumber hutan, silvikultur dan pemeliharaan biologi hutan, pembangunan forest eco-park dan hutan taman negeri, hal ehwal perhutanan antarabangsa serta ladang dan perlindungan hutan.

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal) bertanggungjawab dalam urusan-urusan pentadbiran dan kewangan, kejuruteraan hutan, teknikal dan industri kayu, penguatkuasaan hutan, latihan perhutanan dan pembangunan modal insan serta pembangunan sistem teknologi maklumat.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jabatan Perhutanan Negeri bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan pembangunan sumber hutan negeri. Jabatan ini juga merancang dan menyelaraskan pembangunan industri berasas kayu. Jabatan Perhutanan Negeri dibahagikan kepada Bahagian Operasi Hutan dan Pembangunan Hutan serta disokong oleh Pejabat Hutan Daerah/Jajahan.

Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang hutan, kutipan hasil hutan serta menyelaras dan berhubung dengan Ibu Pejabat Perhutanan, lain-lain jabatan negeri, badan dan agensi berkanun.

Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan, termasuk pemeliharaan biodiversiti, pembangunan ekopelancongan dan pemulihan kawasan hutan serta penyediaan dan pelaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri.

Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan penguatkuasaan undang-undang hutan. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktivitiaktiviti pengurusan dan pembangunan hutan termasuk pengurusan forest eco-park dan hutan taman negeri.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Oktober 2020 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Perhutanan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Selasa bertarikh 13 Oktober 2020.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam