Jawatan Kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Jun 2017

Jawatan Kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Jun 2017

Jawatan Kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Jun 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Jun 2017. Jawatan ini melibatkan Negeri Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pegawai Portal, Berita dan Web TV ANGKASA

Jawatan Kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Jun 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA adalah koperasi puncak yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh negara Malaysia. ANGKASA diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

ANGKASA menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada ahlinya merangkumi pelbagai bidang dan cabang ilmu koperasi. Sebahagian besar perkhidmatan yang disediakan telah diuruskan oleh Bahagian 4P ( Pendidikan, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan ) merangkumi kursus wajib, pendidikan berterusan kepada ahli, pemberian dan pemasangan perisian SEKKOP secara percuma kepada koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia, pendidikan jarak jauh untuk Sijil Perakaunan Koperasi dan Diploma Perakaunan Koperasi, khidmat runding kepada koperasi atau lebih dikenali sebagai PEKA serta penganjuran berbagai bentuk seminar dan program pelancongan koperasi sekolah.

Sementara itu bahagian-bahagian lain di dalam ANGKASA seperti Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) telah menyediakan perkhidmatan Sistem Potongan Gaji iaitu satu sistem di mana semua potongan-potongan koperasi dan lain-lain diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan kerja-kerja potongan gaji di Jabatan-jabatan Kerajaan. Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain badan untuk mendapatkan bayaran-bayaran seperti yuran, saham, pinjaman dan sebagainya dengan lebih sistematik dan terjamin.

Biro Perkhidmatan ANGKASA juga menyedia Sistem Online ANGKASA atau SOLA iaitu satu sistem yang menawarkan dua bentuk infrastruktur teknologi maklumat kepada para pelanggannya untuk membuat semakan rekod potongan gaji ahli koperasi atau mendapatkan fail bayaran koperasi yang dikehendaki secara elektronik.

ANGKASA juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK) untuk membantu membiayai pendidikan anggota koperasi ahli ANGKASA, kakitangan koperasi ahli ANGKASA, kakitangan ANGKASA, anak-anak anggota koperasi ahli ANGKASA dan anak-anak kakitangan ANGKASA.

Permohonan Jawatan Kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Jun 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 3 Jun 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam