Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Januari 2017

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Januari 2017

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Januari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pegawai Penerbitan N41
2. Penolong Pustakawan S29
3. Penolong Pegawai Tadbir N29
4. Pembantu Akauntan W19

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.

Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah “Pengetahuan Suluh Budiman”, manakala lagu rasminya ialah “Ibu Kandung Suluh Budiman”.

Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah Ngah Ibrahim sebelum berpindah secara tetap ke Tanjung Malim dan diberikan nama baru sempena sultan Perak pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim. Namanya sempena nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 – 14 Jan 1916. Baginda lahir pada tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916.

Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru-guru untuk sekolah-sekolah Melayu, disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC akan dapat digunakan sebagai tenaga pekerja mereka. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan Intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut yang datang dari segenap pelosok Semenanjung. Pertemuan penuntut-penuntut Melayu ini secara langsung atau tidak langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan membawa kepada perkembangan golongan terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan. Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti sehingga selesai Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya, sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.

Permohonan Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Januari 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 22 Januari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam