Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Julai 2022

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Julai 2022
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Julai 2022

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2022 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Julai 2022. Dinyatakan Jawatan kosong terkini kerajaan melibatkan lokasi di Pahang. Tambahan pula, Jawatan Kosong SPANP 2022 mengikut senarai adalah seperti berikut:

  1. MERINYU TALI AIR GRED J19
  2. OPERATOR LOJI GRED H11

SPA Negeri Pahang jawatan kosong yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Cara memohon jawatan kerajaan SPANP mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992.

Mengikut Fasal Empat (4) Keanggotaan Suruhanjaya ini terdiri daripada :-

i) Seorang Pengerusi
ii) Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii) Tidak kurang daripada empat (4) Ahli yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Raja menurut budibicara baginda tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar mengikut Seksyen 4 (2) Enakmen SPANP No. 7/1991.

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Julai 2022

Berdasarkan kepada Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri No. 7/1991 telah diperuntukkan enam (6) tugas utama kepada Suruhanjaya Negeri seperti berikut:-

Perlantikan
Suruhanjaya menguruskan perlantikan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara Tetap, Sementara, Kontrak, Tukar Sementara dan Pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat perlantikan. Suruhanjaya boleh memberikan perwakilan kuasa kepada Kerajaan Negeri/ Jabatan bagi melantik pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam samada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Pengesahan Ke Dalam Jawatan
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan Anggota Perkhidmatan Awam dalam jawatan, menlanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan.

Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen
Suruhanjaya menguruskan kemasukan ke dalam jawatan berpencen kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

Kenaikan Pangkat
Suruhanjaya menguruskan kenaikan pangkat bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri. Walau bagaimanapun kuasa bagi urusan kenaikan pangkat sekarang telah dijalankan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Kerajaan Negeri/ Jabatan. Suruhanjaya Negeri ini hanya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat sahaja.

Pertukaran Perkhidmatan
Suruhanjaya berkuasa menukarkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara tetap dari satu Skim Perkhidmatan ke satu Perkhidmatan yang lain dan dari satu Perkhidmatan ke Perkhidmatan yang lain bagi Skim Perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar secara tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

Kawalan Tatatertib
Suruhanjaya menguruskan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat dan hukuman-hukuman yang lain bagi pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional. Kuasa-kuasa tatatertib sehingga buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan telah diberikan kepada Lembaga-lembaga di peringkat Jabatan. Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib bagi kumpulan sokongan tersebut.

Iklan jawatan kosong kerajaan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2022 boleh dimohon secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di SPANP. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Rabu bertarikh 27 Julai 2022.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam