Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Disember 2022

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Disember 2022
Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Disember 2022

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2022 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Disember 2022. Dinyatakan Jawatan kosong terkini kerajaan melibatkan lokasi di Kuala Lumpur. Tambahan pula, Jawatan Kosong MARA 2022 mengikut senarai adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Undang-Undang Gred L41

Majlis Amanah Rakyat jawatan kosong yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Cara memohon jawatan kerajaan MARA mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Disember 2022

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota lain, dua daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Ketua Pengarah merupakan ketua eksekutif yang melaksanakan tugas mengikut kuasa eksekutif yang diperuntukkan di bawah Akta MARA 1966.  Beliau turut dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah.  

Manakala, bahagian dan unit di dalam MARA diterajui oleh Pengarah dan Ketua Unit bagi melaksanakan fungsi di peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 buah Pejabat MARA Negeri (PMN), Pejabat MARA Daerah (PMD). MARA juga beroperasi di luar negara iaitu di UK (London), USA (Washington), German (Frankfurt), Australia (Sydney), Ireland (Dublin) dan Mesir (Iskandariah).

MARA turut mempunyai 18 buah subsidiari MARA yang beroperasi di seluruh Malaysia dan penubuhannya seiring dengan tiga sektor utama MARA.

Majlis Amanah Rakyat

Visi Korporat

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.

Misi Korporat

Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera.

Objektif

Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
Melahirkan modal insan global dan berintegriti
Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
Memudahkan sistem penyampaian

Strategi

Mendaya Modal Insan
Memantapkan Pemilikan Ekuiti Dalam Sektor Korporat
Memperkukuhkan Pemilikan Aset Bukan Kewangan
Meperhebatkan Keusahawanan & Perniagaan
Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan

Iklan jawatan kosong kerajaan Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat 2022 boleh dimohon secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di MARA. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Isnin bertarikh 19 Disember 2022.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam