Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech Kulim Januari 2017

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech Kulim Januari 2017

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech Kulim Januari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech Kulim Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech Kulim Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustran Hi-tech Kulim (PBT TPHTK) secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1995 dibawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Struktur organisasi PBT TPHTK berdasarkan “Modified Local Authority Model” yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

Walaupun begitu, ianya berbeza dari segi perlaksanaan membuat keputusan dimana semua keputusan dari segi pentadbiran, teknikal, penilaian dan kewangan juga proses kelulusan pelan-pelan bangunan dan lain-lain yang berkaitan diputuskan pada peringkat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi PBT TPHTK.

Objektifnya ialah:

1. Menyediakan sistem pengurusan dan perkhidmatan yang efisyen kepada semua pelabur, pemaju dan semua penduduk Kulim Hi-Tech Park.

2. Menjamin penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan yang berkualiti sepanjang masa.

3. Bertindak sebagai “one stop agency” bagi mempercepatkan proses kelulusan pembangunan, perancangan, permohonan lesen dan sebagainya.

Fungsi-fungsinya ialah:

1. Menyemak, meluluskan pelan – pelan bangunan, perancangan, mengenakan bayaran penyediaan pelan, mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF), lesen dan permit berkaitan.

2. Penyelenggaraan keseluruhan kawasan TPHTK termasuk kerja-kerja kutipan sampah, pemotongan rumput, pembersihan jalan dan parit, lampu jalan, lampu isyarat, loji pembersihan, longkang dan lain-lain.

3. Pengawasan dan penguatkuasaan akta-akta dan undang-undang kecil.

4. Mengendali segala urusan cukai harta bagi kawasan di dalam PBT TPHTK.

5. Mengawasi keselamatan dan penyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti pusat komuniti, kompleks sukan, perhentian kenderaan awam dan sebagainya.

Permohonan boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech Kulim. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 8 Januari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam