Jawatan Kosong Suruhanjaya Persaingan Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Persaingan Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Persaingan Malaysia Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Persaingan Malaysia Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Principal Assistant Director

Jawatan Kosong Suruhanjaya Persaingan Malaysia Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.

MyCC diberi kuasa oleh Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk memastikan pematuhan kepada AP 2010, menyiasat aduan mengenai tingkah laku antipersaingan, menjalankan kajian pasaran dan mengenakan penalty ke atas syarikat-syarikat yang didapati melanggar undang-undang persaingan. Ia juga mempunyai kuasa untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang disediakan; memberi pinjaman dan wang pendahuluan kepada warga kerjanya; bekerjasama dengan mana-mana badan korporat atau agensi kerajaan dan meminta maklumat daripada perusahaan untuk membantu dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya; atau melaksanakan apa-apa tugas yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ialah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Peranan utamanya ialah untuk melindungi proses persaingan bagi kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi.

Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti melaksana dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Persaingan 2010, mengeluarkan garis panduan berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan, bertindak sebagai penyokong untuk hal-hal berkaitan persaingan; menjalankan kajian am berhubung isu-isu yang berkaitan dengan persaingan dalam ekonomi Malaysia atau sektor-sektor ekonomi tertentu di Malaysia; memaklum dan mendidik orang awam berkenaan cara-cara yang mana persaingan boleh memberi faedah kepada pengguna dan juga ekonomi Malaysia.

Visi Kami
Menjadi pihak Berkuasa yang Menerajui Persaingan di Malaysia.

Misi Kami
Melaksanakan Mandat kami secara Efisien dan Efektif, dengan komitmen untuk Memastikan Budaya Persaingan yang Kondusif bagi menyediakan Pasaran yang Baik untuk Pengguna, Peniaga dan Ekonomi.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Persaingan Malaysia Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 7 Julai 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam