Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia MKM Mei 2017

Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia MKM Mei 2017

Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia MKM Mei 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia MKM Mei 2017. Jawatan ini melibatkan Negeri Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia MKM Mei 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang sebelum ini di kenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia adalah merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Ketika ditubuhkan dalam tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan MKM keseluruhannya.

Dalam tahun 1968, MKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang di luluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan)(Pindaan ) 2011[Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus MKM supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi meyokong pembangunan gerakan koperasi.

MKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Pada tahun 2009, MKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sehingga kini.

Kampus induk MKM terletak di Petaling Jaya dan berhampiran dengan ibukota Kuala Lumpur, kampus ini mudah dihubungi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan seperti bas, LRT dan teksi. Ini memudahkan masyarakat secara umum dan gerakan koperasi khususnya untuk ke sini.

Kawasan MKM yang dihiasi seni taman yang menarik pula mewujudkan persekitaran yang tenang dan damai. Ciri-ciri yang sebegini menjadikan MKM tempat pilihan untuk mengadakan perjumpaan, mesyuarat, kursus, seminar, bengkel dan sebagainya.

Pada bulan Jun 1997 MKM telah membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah menawarkan perkhidmatan di Kuching, Sarawak pada September 1998. MKM membuka Zon Timur dan Zon Selatan pada 2009 manakala Zon Utara pada tahun 2010, supaya program latihan dan pendidikan koperasi dapat diikuti dengan lebih mudah di seluruh negara.

Permohonan Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia MKM Mei 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 29 Mei 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam