Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Mei 2017

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Mei 2017

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Mei 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Mei 2017. Jawatan ini melibatkan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
2. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Mei 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Latar Belakang JPM

Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah dikenali sebagai Pentadbiran Am, JPM telah disusun semula menjadi sepuluh (10) bahagian iaitu Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan (B.Kew), Bahagian Pembangunan (B.Pemb), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Pejabat Penasihat Undang-Undang, Unit Integriti dan Unit PPA1M. Kesemua sepuluh (10) bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan TKSU (P) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan TKSU (K&P).

Visi

Menjadi penanda aras sistem penyampaian perkhidmatan sokongan dan tadbir urus terbaik sektor awam.

Misi

Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.

Misi Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

Objektif

Menentukan kepada pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/ peraturan dan garis panduan semasa.

Dasar Kualiti

Jabatan Perdana Menteri adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggannya berteraskan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri Malaysia Mei 2017 adalah boleh dilakukan secara online melalui laman web ICU JPM. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 21 Mei 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam