
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya Oktober 2018. MPAJ career melibatkan lokasi Selangor. Jawatan kosong MPAJ Selangor 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:
1.PEGAWAI TADBIR N41
2.PEGAWAI PENGUATKUASA KP41
3.PEGAWAI PENILAIAN W41
4.ARKITEK J41
5.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
6.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
7.PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
8.PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
9.PENOLONG JURUTERA JA29
10.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR JA29
11.JURUFOTOGRAFI B19
12.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
13.PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
14.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
15.PEMBANTU AKAUNTAN W19
16.PEMBANTU OPERASI N11
17.PEMANDU KENDERAAN H11
18.PEMBANTU AWAM H11
Majlis Perbandaran Ampang Jaya jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Majlis Perbandaran Ampang Jaya vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya Oktober 2018
Asal-usul Nama ‘Ampang’
Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah.
Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan ’empangan’ menjadi ‘ampang’.
Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana di bangunkan oleh orang yang sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina). Penduduk asal orang Melayu di kawasan Ampang adalah keturunan Bugis dari Sumatera.
Keluasan
Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat 12 kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: –
Kampung Melayu Ampang
Kampung Tasik Permai
Kampung Tasik Tambahan
Kampung Ampang Campuran
Kampung Ampang Indah
Kampung Pandan
Kampung Cheras Baru
VISI
Menjadikan Perbandaran Ampang Jaya makmur dan harmoni menjelang 2020
KETERANGAN VISI
Selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan perkhidmatan awam bertaraf dunia dengan menyediakan perkhidmatan yang proaktif, responsif dan mengikut kehendak pelanggan, maka MPAJ telah menyahut cabaran melalui visinya iaitu menjadi Perbandaran Ampang Jaya yang makmur dan harmoni menjelang tahun 2020.
Makmur bermaksud “stakeholder” dan pelanggang menerima perkhidmatan yang berkualiti tinggi sejajar dengan usaha untuk menjadikan MPAJ sebuah PBT yang bertaraf dunia.
Harmoni bermaksud penduduk Ampang Jaya tinggal dalam harmoni dan menikmati kemudahan perbandaran yang baik dan selesa.
MISI MPAJ
Menyediakan Perkhidmatan Perbandaran Yang Cekap Dan Berkualiti Bagi Memastikan Warga Ampang Jaya Menikmati Kehidupan Yang Selesa Dan Sejahtera
KETERANGAN MISI
Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan sentiasa memastikan penduduk Ampang Jaya menerima perkhidmatan perbandaran yang terbaik melalui sistem penyampaian yang efektif disamping memperkasakan sistem pengurusan dan tadbir urus agar masyarakatnya menerima perkhidmatan yang berkualiti.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan sentiasa meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam menjadikannya sebuah perbandaran yang kondusif, selamat dan sejahtera untuk didiami.
MOTO
Berbakti, Bersih dan Berbudaya
BERBAKTI kepada masyarakat
BERSIH kepada alam sekitar dan pemikiran
BERBUDAYA pekerja yang cekap, amanah, cergas
Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya Oktober 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di MPAJ Selangor. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 15 Oktober 2018.