
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor Oktober 2018. Jawatan kosong LUAS 2018 melibatkan lokasi Selangor. Lembaga Urus Air Selangor career yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Jurutera J41
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Pegawai Penerangan S29
4. Penolong Akauntan W29
5. Pembantu Tadbir (P/O) N19
6. Pembantu Penguatkuasa KP19
7. Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat S19
Lembaga Urus Air Selangor jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. LUAS vacancy 2018 mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor Oktober 2018
Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.
Penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
LUAS dilancarkan 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.
Lembaga Urus Air Selangor
Ahli Lembaga Pengarah LUAS dipengerusikan Dato’ Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LUAS sebagai Setiausaha. Manakala ahli-ahli Lembaga Pengarah lain terdiri daripada Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta 5 orang yang dilantik berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang pengurusan sumber air.
LUAS merupakan sebuah agensi pengurusan sumber air Negeri Selangor yang juga merupakan agensi ulung dan perintis kepada pengurusan sumber air negeri. Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 menyebabkan LUAS dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan untuk melaksanakan tanggungjawab serta fungsinya dengan berkesan.
LUAS dipertanggungjawab bagi memastikan sumber air negeri, termasuk lembangan sungai, air bumi dan permukaan, tasik, kolam dan bekas lombong, serta pesisiran pantai Negeri Selangor supaya sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara. Fungsi dan tanggungjawab dilaksanakan oleh LUAS melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan juga pendekatan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM).
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor Oktober 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di LUAS. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 22 Oktober 2018.
Incredible story there. What happened after? Take care!