Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Januari 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Januari 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Januari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
3. Penolong Jurutera JA29
4. Penolong Pegawai Tadbir N29
5. Penolong Akauntan W29
6. Pembantu Ehwal Ekonomi E19
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
8. Pembantu Akauntan W19
9. Pembantu Operasi N11
10. Pemandu Kenderaan H11
11. Pengawal Keselamatan KP11

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Akta ini berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971, di Sarawak pada 1 Julai 1973 dan di Sabah pada 1 Ogos 1995.

Visi

Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.

Misi

Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif.

Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian.

Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu.

Melahirkan modal insan yang kompeten.

Objektif

Mewujudkan komuniti Nelayan maju menjelang tahun 2015.

Meningkatkan produktiviti sektor tangkapan ikan negara sebanyak 1.7% setiap tahun.

Membantu meningkatkan pengeluaran akuakultur sehingga 10% menjelang tahun 2015.

Menyokong Pembangunan Industri Asas Tani.

Meningkatkan kecekapan pemasaran dan laluan pasaran.

Mentransformasi infrastruktur perikanan negara menjelang 2015.

Mempertingkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan mulai tahun 2011.

Mewujudkan sistem penyampaian lestari menjelang 2015.

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web LKIM. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 10 Januari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam