Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Ogos 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Ogos 2018. KKM career melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan kosong kkm 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
KKM jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Kementerian Kesihatan Malaysia vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Ogos 2018
Perkhidmatan Kesihatan Malaysia telah bermula sejak sebelum era kemerdekaan bagi merawat pelombong-pelombong bijih timah. Mereka dikenakan bayaran sebanyak 50 sen setahun bagi mendapatkan rawatan. Pada akhir abad ke-19 negeri Perak mempunyai bilangan hospital terbanyak memandangkan sektor perlombongan bijih timah di Perak berkembang pesat pada waktu itu.
Hospital Taiping yang juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital tertua di Malaysia. Sejurus selepas pengenalan X-ray oleh Prof W. C Roentgen, hospital ini telah menjadi hospital pertama yang dilengkapi kemudahan ini. Selain itu, pada tahun 1900, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah ditubuhan bertujuan untuk mengkaji punca penyakit berjangkit (penyakit tropika) yang kian menular ketika itu. IMR juga berfungsi untuk mengawal jangkitan terutamanya penyakit tropika seperti beri-beri, malaria dan disentri.
Ketika pemerintahan Raja Brooke di Sarawak, perkhidmatan kesihatan diperkenalkan untuk merawat pegawai penguasa Eropah serta ahli keluarga mereka. Disamping itu, gadis-gadis Sarawak telah dilatih menjadi jururawat dan bidan di bandar Kuching. Perkhidmatan di negeri ini khusus kepada penduduk-penduduk di kawasan bandar. Pada masa yang sama, perkhidmatan kesihatan di Sabah telah diperkenalkan oleh North Borneo Chartered Company yang menjadi tonggak pemerintahan Sabah pada ketika itu (1881-1942).
Pada tahun 1929, klinik pergigian kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Jalan Silang, Kuala Lumpur. Selain itu, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1949 diikuti dengan pembukaan asrama jururawat oleh Sir Donald Mc Gilivray (1956).
Melalui Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7), permohonan KKM untuk membina lima Kolej Sains Kesihatan Bersepadu (KSKB) di Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Ulu Kinta telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Selepas 1957, Malaysia telah mempunyai 65 buah hospital dan lebih menumpukan perkembangan sosio-ekonomi penduduk luar bandar.
Objektif
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
mengutamakan pelanggan
saksama
tidak membebankan
cekap
wajar mengikut teknologi
boleh disesuaikan mengikut persekitaran
inovatif
iii. dengan menekankan:
sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
sifat menghormati maruah insan
penglibatan masyarakat
Borang Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Ogos 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di kkm online. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 26 Ogos 2018.