
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Ogos 2018. MARDI career melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan kosong mardi 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
MARDI Malaysia yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. MARDI vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Ogos 2018
MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.
Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.
MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.
Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.
Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Visi
Gedung inovasi agromakanan
Misi
Menjana teknologi pertanian untuk kesejahteraan masyarakat
Matlamat MARDI
1. Memperkukuh rantaian nilai pertanian melalui R&D.
Strategi 1 – Memperkasa pengeluaran pertanian tempatan melalui R&D inovatif
Strategi 2 – Mempelbagai pasaran pertanian melalui R&D kreatif
Strategi 3 – Memperhebat kajian futuristik dan pendahulu bagi kemajuan pertanian
Strategi 4 – Membangunkan ekosistem dan persekitaran pertanian yang lestari
2. Memastikan penyebaran dan penggunaan teknologi yang berjaya.
Strategi 5 – Meningkatkan penyebaran teknologi
Strategi 6 – Meningkatkan penggunaan teknologi
Strategi 7 – Meningkatkan kebolehcapaian produk
3. Memperkaya kapasiti dalaman.
Strategi 8 – Meningkatkan pembangunan sumber manusia
Strategi 9 – Membangunkan kemudahan dan infrastruktur bertaraf tinggi
Strategi 10 – Memperkukuh sumber kewangan
4. Meningkatkan visibiliti organisasi.
Strategi 11 – Memperkukuh jaringan institusi
Strategi 12 – Meningkatkan martabat MARDI di peringkat antarabangsa
Borang Permohonan Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Ogos 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di mardi online. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 26 Ogos 2018.