Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Februari 2020

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Februari 2020
Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Februari 2020

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2020 menampilkan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Februari 2020. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong KKM 2020 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Sains Gred C41 (Embriologi)

Kementerian Kesihatan Malaysia jawatan kosong 2020 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. KKM vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Kami warga Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Februari 2020

A) Memastikan Setiap Pelanggan Berpuas Hati Dengan Perkhidmatan Diberikan Dengan:

  1. Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima
  2. Semua pesakit yang ditakrifkan oleh Malaysian Triage Category (MTC) sebagai kes MERAH akan dirawat oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital dengan serta merta.
  3. 80% pelanggan dilihat oleh first provider dalam tempoh masa 30 minit (melalui data TPC)
  4. 70% pesakit luar dipanggil untuk rawatan oleh pegawai pergigian dalam tempoh 30 minit
  5. 90% pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian yang diberikan.
  6. 95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit

B) Memastikan Permohonan Dan Kelulusan Perkhidmatan Diproses Dan Diselesaikan Dalam Tempoh Berikut Dari Tarikh Borang Permohonan Lengkap Diterima Serta Memenuhi Syarat-Syarat Permohonan Dan Perundangan Yang Ditetapkan:

  1. Sijil Pendaftaran Ahli Farmasi: 100% diproses dalam tempoh 7 hari bekerja
  2. Sijil Pendaftaran Jururawat : 100% dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja
  3. Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta: 90% ditentusahkan dalam tempoh 7 hari (dari tarikh fail permohonan diterima oleh Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS))
  4. Lesen Memiliki Radas Penyinaran /Bahan Radioaktif (Baru Dan Memperbaharui): 90% dikeluarkan dalam tempoh 7 hari (tertakluk di bawah Akta 304 bagi maksud perubatan)
  5. Lesen Pewasapan: 95% diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam tempoh 5 hari bekerja
  6. Lesen Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi: 100% dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja.
  7. Keputusan Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia: 100% diisytiharkan dalam tempoh 7 hari bekerja
  8. Keputusan Laporan Audit HACCP: 100% sijil dikeluarkan dalam tempoh 40 hari bekerja (manual) dan 30 hari bekerja (online)
  9. Perkhidmatan Promosi Kesihatan: 100% diberi maklum balas dalam tempoh 5 hari bekerja

Kementerian Kesihatan Malaysia

KEWAJIPAN PELANGGAN

Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan Piagam ini dengan berkesan dengan:

(i) Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai dan;

(ii) Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Objektif

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Visi dan Misi

VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

mengutamakan pelanggan
saksama
tidak membebankan
cekap
wajar mengikut teknologi
boleh disesuaikan mengikut persekitaran
inovatif

iii. dengan menekankan:

sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
sifat menghormati maruah insan
penglibatan masyarakat

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia 2020 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di KKM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Isnin bertarikh 03 Februari 2020.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam