
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2020 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Januari 2020. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong Perikanan 2020 yang tersenarai adalah seperti berikut:
- Pembantu Perikanan Gred G19
Jabatan Perikanan Malaysia jawatan kosong 2020 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Perikanan vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit Perikanan Kolonial diwujudkan oleh Kerajaan British di bawah Pentadbiran Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Selat.
Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Januari 2020
Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, Jabatan Perikanan telah diberi tanggungjawab membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat nelayan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975) dan Ketiga (1976 – 1980), sebanyak RM96 juta telah diperuntuKkan kepada Jabatan Perikanan bagi membantu nelayan memiliki vessel, enjin dan pukat melalui Skim Bantuan Subsidi Nelayan.
Sebanyak RM45 juta diperuntukkan untuk mengadakan infrastruktur perikanan. Pada tahun 1982, Jabatan Perikanan telah memperkenalkan dasar pelesenan yang lengkap dan seragam bagi tujuan pembangunan dan pengurusan sumber perikanan yang berkesan.
Pada tahun 1981, kerajaan telah mengisytiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang melibatkan pertambahan kawasan perairan negara dari 47,000 kepada 160,000 batu nautika persegi. Bagi menyesuaikan dengan perkembangan semasa, maka pada tahun 1985 Akta Perikanan baru telah diperkenalkan dan mulai dikuatkuasakan pada Januari 1986.
Jabatan Perikanan Malaysia Career
Jabatan telah mempergiatkan aktiviti penyelidikan perikanan dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar, di Batu Berendam, Melaka pada tahun 1957, Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, di Gelang Patah, Johor pada tahun 1978; Pusat Pengeluaran Ikan / Udang iaitu di Tanjung Demong, Kuala Besut, Terengganu pada tahun 1983, Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (NAPFRE) di Pulau Sayak, Kedah pada tahun 1987 dan Pusat Penyelidikan Perikanan di Bintawa, Sarawak pada tahun 1977.
Beberapa penemuan penyelidikan telah dihasilkan seperti ternakan ikan laut dalam sangkar, udang harimau, siput sudu dan pembenihan ikan dan udang. Pada tahun 1972 sebuah Institut Latihan Nelayan telah ditubuhkan di Batu Maung, Pulau Pinang. Institut ini menawarkan kursus bertaraf sijil kepada nelayan seperti Sijil Kecekapan Jeragan, Pekerja Enjin, Jurumudi, Pembuat Pukat, Pelayaran dan Kejuruteraan.
Tanggungjawab Jabatan Perikanan telah dipertingkatkan melalui usaha untuk membaikpulih dan melindungi sumber perikanan melalui pengeluaran lesen dan pengurusan sumber secara rasional, pembinaan tukun tiruan dan penubuhan Taman Laut. Langkah-langkah awal aktiviti ini telahpun dimulakan pada awal tahun 70an dan telah dipertingkatkan pada tahun 80an. Penerokaan perikanan laut dalam telah dilancarkan pada 17 September 1987 oleh YA.B. Perdana Menteri Malaysia bersama dengan TYT Perdana Menteri Negara Thai.
Jabatan Perikanan Malaysia
Jabatan telah mengambil langkah mengeluar lesen dan melatih nelayan laut dalam bagi mempergiatkan aktiviti ini. Jabatan juga telah member tumpuan untuk menjadikan industri akuakultur satu satu sektor yang penting menjelang abad ke 21. Jabatan juga telah memainkan peranan yang cukup aktif di peringkat antarabangsa dan serantau.
Antara pertubuhan yang disertainya ialah Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC -sejak 1967), Program Teluk Benggala (BOBP-sejak 1978), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Program Rangkaian Pusat-Pusat Akuakultur Asia dan Pasifik (NACA -sejak 1980) dan Program Laut China Selatan (SCSP). Sebuah Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD) telah ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai departmen SEAFDEC yang keempat.
Tahun 1993 telah menandakan permulaan kepada era baru dalam perkembangan dan sumbangan sektor perikanan yang lebih bermakna terhadap ekonomi negara; apabila Dasar Pertanian Negara (1992 – 2010) yang dilancarkan telah menggariskan masa depan pembangunan sektor perikanan terutamanya perikanan laut dalam dan akuakultur.
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia 2020 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perikanan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 19 Januari 2020.