Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Disember 2019

Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Disember 2019
Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Disember 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Disember 2019. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong JMG 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Geosains Gred C41

Jabatan Mineral dan Geosains jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ditubuhkan melalui penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dengan Jabatan Galian pada 1 Julai 1999. Penggabungan ini bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua agensi tersebut yang berada di bawah Kementerian Perusahaan Utama (KPU) ketika itu.

Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Disember 2019

Sejarah Jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, Jabatan Galian ditubuhkan oleh penjajah British bagi tujuan pengawalseliaan perlombongan bijih timah di Larut. N.G.A. Geddie, seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu Galian pertama.

Enakmen perlombongan negeri telah mula diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1891 bagi mengawal selia operasi perlombongan. Dalam usaha membenteras kegiatan penyeludupan bijih timah, enakmen bijih mineral negeri telah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Perak pada tahun 1893.

Mineral dan Geosains

Pejabat Kajibumi pertama telah ditubuhkan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur. J.B. Scrivenor telah dilantik sebagai Ahli Kajibumi pertama di Tanah Melayu. Pada tahun 1908 Pejabat Kajibumi telah dipindahkan ke Batu Gajah, Perak bagi menumpukan kajian lapangan bijih timah di Lembah Kinta dan Larut. Pada tahun 1927, Pejabat Kajibumi dinaik taraf menjadi Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Ibu Pejabat Jabatan Penyiasatan Kajibumi telah dipindahkan ke Ipoh, Perak pada tahun 1957. Pada masa yang sama penggantian kakitangan dengan anak-anak tempatan bermula dan selesai sepenuhnya dalam tahun 1967.

Semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Jajahan British di Borneo menjadi cawangan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia dan diberi nama baru, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kawasan Borneo Malaysia. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1964, Jabatan Galian Malaysia Timur ditubuhkan.

Pada tahun 1968, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Semenanjung Malaysia dan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kawasan Borneo digabungkan menjadi Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia di bawah seorang pengarah berpusat di Ipoh, Perak. Pada tahun 1973, Ibu Pejabat Penyiasatan Kajibumi Malaysia telah berpindah sekali lagi dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

fungsi jabatan mineral dan geosains malaysia

Bagi memberi kuasa untuk pegawai-pegawai kajibumi mengatur dan mengawal penyiasatan kajibumi, Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 telah digubal dan diwartakan pada 17 Februari, 1976. Selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan 1957, di mana kuasa Kerajaan Negeri dan Persekutuan dipisahkan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM) dan Enakmen Mineral Negeri (EMN) telah digubal untuk menggantikan Enakmen Melombong Negeri-Negeri yang digubal sebelum merdeka. APM adalah satu perundangan persekutuan bagi mengawal selia aktiviti eksplorasi dan perlombongan sementara EMN adalah perundangan negeri bagi mentadbir pengeluaran tenemen mineral dan hasil-hasil yang berkaitan dengannya. Penguatkuasaan APM dijalankan oleh Pegawai Galian dalam jabatan ini.

Mulai 27 Mac 2004, JMG telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang kini dikenali sebagai Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) berikutan penyusunan semula kementerian.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di JMG. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 8 Disember 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam