Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Oktober 2020

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Oktober 2020

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Oktober 2020

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2020 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Oktober 2020. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong JAKIM 2020 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pembantu Hal Ehwal Islam S19

JAKIM jawatan kosong 2020 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menelusuri sejarah yang panjang. Penubuhannya semenjak dari peringkat awal adalah menepati semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Bersesuaian dengan kedudukan ini, ianya mesti dijaga dan dipertahankan seperti yang termaktub dalam sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Oktober 2020

“37.(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada); dan sumpah itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Majlis Raja-Raja”.

Bermula sebagai sebuah unit kecil iaitu Unit Ugama Jabatan Perdana Menteri, fungsinya menepati salah satu tugas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam melaksanakan urus tadbir Islam negara ini, mengikut Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

“Apabila Majlis Raja-Raja menimbang teliti perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain serta Yang diPertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka; dan penimbangtelitian itu adalah antara fungsi yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri, dan oleh Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri itu mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968, di mana YAB Perdana Menteri diberi bertanggungjawab sebagai Pengerusi, manakala Unit Ugama JPM berfungsi sebagai urus setianya. Pertanggungjawaban ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa eksekutif Persekutuan yang dijelaskan dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

“Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.”

Kewujudan MKI adalah penting kerana ia bukan sahaja telah menjalankan tugas-tugas penyelarasan, malah menjadi forum tertinggi bagi membincang dan menasihati Majlis Raja-raja berkaitan isu-isu mengenai urusan agama di negara ini. Justeru, pada tahun 1974 urus setia ini telah dinaik taraf kepada sebuah bahagian iaitu Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri. Dengan tugas dan tanggungjawab semakin besar dan mencabar, cawangan-cawangan baru telah ditubuhkan bagi memastikan bah agian ini dalam melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan.

Pada tahun 1984 suatu inisiatif telah diambil untuk menyusun semua struktur organisasi Bahagian Ugama JPM dan Bahagian Hal Ehwal Islam(BAHEIS) diwujudkan sesuai dengan tanggungjawabnya yang lebih besar. Fungsi BAHEIS adalah untuk melaksanakan program di bawah JPM di samping meneruskan tugas sebagai urus setia MKI.

JAKIM

Selaras dengan transformasi tadbir urus negara yang kian berkembang pada 1 Januari 1997, BAHEIS telah dinaik taraf kepada sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Fungsi utama Jakim adalah sebagai badan perancang dan penyelaras hal ehwal Islam di peringkat kebangsaan meliputi aspek penyeragaman undang-undang dan pentadbiran berkaitan hal ehwal Islam, hukum syarak, pendidikan Islam seluruh negara, serta memastikan dasar dan perancangan pembangunan negara berkaitan agama berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, aspek mempertingkat dan memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta kesucian agama juga menjadi tanggungjawab Jakim. Jakim juga berfungsi sebagai penyelaras bagi menilai dan memberi cadangan terhadap aktiviti keislaman yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan bagi memastikan tidak berlaku pertentangan di antara kepentingan negara dengan kepentingan Islam. Jakim juga diberi mandat untuk menyelaras perancangan aktiviti bagi membantu pihak berkuasa agama negeri dalam memperkemaskan bidang dakwah Islamiah dan pembangunan keilmuan Islam. Di peringkat antarabangsa, Jakim berfungsi bagi membantu untuk mempertingkatkan kerjasama strategik dengan negara luar dan badan-badan antarabangsa demi memartabatkan syiar Islam. Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa:

“Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu”.

Kesimpulannya, penubuhan Jakim adalah menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A), dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan yang memanifestasikan bahawa pihak Kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menubuhkan, mengurus dan memberikan dana kepada mana-mana institusi berkaitan Islam. Peruntukan mengenai Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Persekutuan semestinya memberi manfaat kepada umat Islam dan kelebihan kepada agama islam sebagai agama Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Negara dan para Sultan menjadi Ketua Agama di negeri-negeri. Justeru, terbukti dan jelas bahawa penubuhan Jakim adalah penuh berperlembagaan.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2020 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di JAKIM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Ahad bertarikh 11 Oktober 2020.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam