Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan Jun 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan Jun 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan Jun 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan Jun 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kelantan. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
3. PENOLONG JURUTERA JA29
4. PEMBANTU AWAM H11
5. PEMANDU KENDERAAN H11
6. PEMBANTU PENYELIA H11

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan Jun 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

MDPP atau nama penuhnya Majlis Daerah Pasir Puteh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 selaras dengan penyusuan semula penguasa tempatan di seluruh Negara di bawah Akta 171 tahun 1976. Kawasan pentadbiran Majlis adalah merupakan pencantuman kawasan Penguasa Tempatan yang telah sedia sebelum 1979 iaitu Lembaga Bandar Pasir Puteh dan Majlis Tempatan Cherang Ruku dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut.

Pihak berkuasa Negeri Kelantan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke- 24/1998 yang bersidang pada 16 Disember 1998 telah membuat keputusan untuk memperluaskan kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh bagi meliputi keseluruhan Jajahan (Daerah) Pasir Puteh. Pengubahan sempadan oleh sesebuah Penguasa Tempatan adalah dibenarkan sebagaimana perutukan seksyen 4 (3), Akta Kerajaan Tempatan , 1976 (Akta 171),iaitu :
” Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, boleh, melalui pemberitahuan dalam warta, mengubah sempadan mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.”

Sejajar dengan peruntukan ini yang memerlukan supaya sebarang cadangan pengubahan sempadan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan oleh Pihak Berkuasa Negeri dirunding terlebih dahulu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebelum ianya diwartakan,maka Pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah merujuk cadangan tersebut untuk dipertimbngkan kedua-dua pihak tersebut. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dalam hal ini telah menyatakan bahawa pihaknya tiada apa-apa halangan dengan cadangan tersebut sebagaimana suratnya : SPR (S) 172/Jld.5 / (32), bertarikh 7 Mei 2003.

Keluasan kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh adalah lebih kurang 50 batu persegi iaitu merupakan satu pertiga daripada luas keseluruhan Jajahan Pasir Puteh (167.2 bat persegi). Selain itu MDPP juga telah menyiapkan satu pelan struktur 1990 dan Draf Rancangan Struktur (sebahagian Majlis Daerah Pasir Puteh). Perluasan Kawasan MDPP ke seluruh Jajahan Pasir Puteh juga telah diwartakan pada 7hb Julai 2005.

Di peringkat awal penubuhan, pelbagai pengalaman pahit getir terpaksa dilalui oleh MDPP bagi memastkan keutuhan kewujudannnya. Kini, MDPP telah Berjaya mempelbagaikan aktiviti-aktiviti untuk kemudahan rakyat yang merangkumi unit lesen kedai atau tapak perniagaan, sewan khemah, unit tindakan khas, bahagian penguatkuasa, bahagian Kesihatan Awam, Kebersihan dan Keindahan Bandar, serta pelbagai lagi.

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan Jun 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 19 Jun 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam