Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis 2020

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis 2020

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2020 menampilkan Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis 2020. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong SUK Negeri Perlis yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pembantu Awam Gred H11

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis.

Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai SUK Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib. Beliau berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949.

Pejabat SUK juga juga merupakan jentera terpenting di bawah Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pembangunan Negeri Perlis. Ianya bagi membawa kemakmuran kepada rakyat keseluruhannya dan menyumbang kepada usaha pembangunan negara.

Struktur pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pengurusan dan Pembangunan.

Jawatan Kosong SUK Negeri Perlis

Bahagian Pengurusan SUK Negeri Perlis melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan keurusetiaan melalui Pejabat Menteri Besar, Pejabat Dewan Undangan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat,Unit Korporat, Unit Protokol dan Majlis Sukan Negeri.

Manakala Bahagian Pembangunan melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pelaksanaan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Perumahan, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Bahagian Pentadbiran Daerah.

Sebagai jentera Kerajaan yang terpenting, Pejabat SUK Negeri Perlis juga berperanan sebagai penyelaras kepada agensi-agensi Negeri dan Persekutuan bagi memastikan kelancaran pentadbiran seluruh jentera Kerajaan Negeri.

Tugas-tugas Pembantu Awam Gred H11:

Melakukan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat.

Membuat tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

Melaksanakan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.

Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis 2020 boleh dilakukan secara online. Syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di SUK Perlis. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Ahad bertarikh 6 Disember 2020.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam