Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat Januari 2017

Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat Januari 2017

Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat Januari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 – 20 Kekosongan
2. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 – 48 Kekosongan

Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 70 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:

1946 – 1951
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya

1952 – 1955
Jabatan Perusahaan dan Perhubungan Sosial

1956 – 1957
Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Sosial

1957 – 1958
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial

1958 – 1959
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1960 – 1962
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1963 – 1964
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1964 – 1982
Kementerian Kebajikan Am

1982 – 1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia

1990 – 2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

2004 – kini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Visi
“Peneraju Utama Kebajikan Dalam Pembangunan dan Kesejahteraan Masyarakat”

Misi
“Memperkasa Kumpulan Sasar Ke arah Kesejahteraan Sosial”

Moto
“Berkat Berjasa”

Objektif

Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan;

Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari;

Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang; dan

Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web SPA. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 12 Januari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam