Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia Februari 2017

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia Februari 2017

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia Februari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia Februari 2017. Jawatan ini melibatkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41 – 04 Kekosongan
2. PEMBANTU TADBIR P/O N19 – 02 Kekosongan
3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 – 01 Kekosongan

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia Februari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Berikutan penubuhan MQA, LAN telah dibubarkan dan kakitangannya diserapkan ke dalam MQA.

Dengan visi untuk menjadi organisasi jaminan kualiti pengajian tinggi yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan misi untuk memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan melalui amalan bijak jaminan kualiti pengajian tinggi, MQA kini telah bersedia untuk menerokai sempadan-sempadan baru dalam jaminan kualiti pengajian tinggi.

Permohonan Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia Februari 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 14 Februari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam