
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Februari 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Kewangan Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 31 – 18 Kekosongan
2. PEMBANTU TADBIR (PENAKSIRAN) GRED 21 – 40 Kekosongan
Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Februari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1 Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut:
Akta Cukai Pendapatan 1967
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Akta Setem 1949
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990
Kemakmuran dan pembangunan berterusan demi kepentingan rakyat boleh diteruskan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai, walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini. Justeru, pelbagai usaha dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memudahkan orang ramai menjalankan urusan menghantar borang cukai pendapatan dan membayar cukai.
Jika sebelum ini orang ramai bersesak-sesak di kaunter LHDN seluruh negara setiap kali menjelang bulan membayar cukai pada bulan Mac dan April. Bagaimanapun, sejak sistem taksiran cukai menerusi internet atau e-filing diperkenalkan mulai 2006, orang ramai tidak perlu lagi ke kaunter LHDN bagi menghantar borang cukai pendapatan dan ia boleh dibuat di mana saja menggunakan kemudahan internet.
Malah, LHDN turut memudahkan orang ramai menjelaskan cukai pendapatan individu menerusi pelbagai kaedah bayaran, termasuk Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan menerusi perbankan internet seperti CIMB Bank, Bank Islam, Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank2u/Maybank2e.
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web LHDN. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 14 Februari 2017.