Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Februari 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Februari 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Februari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Februari 2017. Jawatan ini melibatkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pengurus Mini RTC Bukit Jering, Kuala Balah, Kelantan
2. Pengurus Mini RTC Alor Jeringau, Bachok, Kelantan

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Februari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.

Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan telah mendorong persekutuan menubuhkan KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973).

Pusat pentadbiran pertama KESEDAR terletak di Tingkat 2, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu apabila Pengurus Besar pertama, YBhg. Dato’ Ariffin bin Said melapor diri pada 1 Jun 1978. Akibat daripada penambahan bilangan pejabat yang berterusan maka KESEDAR telah mendapatkan Ibu Pejabat sementara yang terletak di Bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji. Namun demikian, hasrat dan perancangan untuk membina bangunan ibu pejabat di Gua Musang telah diilhamkan oleh YBM. Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Februari 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 14 Februari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam