Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Disember 2017

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Disember 2017

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Disember 2017

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Disember 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Sarawak. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENSYARAH DS45/DS51

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Disember 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Penubuhan UPM mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi ‘Ex-Officio’ Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor.

Sekolah ini bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947. Bermula dengan naik taraf ini, kecermelangan kolej semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Januari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaya sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.

Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilan pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya.

Hasrat menubuhkan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.[3]

Dr. Mohd Rashdan Baba menjadi Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dari tahun 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga buah fakulti pengasas, iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Pertanian dan Fakulti Perhutanan.

UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang sains dan teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensintif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, UPM menambahkan bidang baru dalam program pengajian seperti sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi universiti abad ke-21.

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu, berlakulah penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada ketika itu. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dan secara langsung tidak menjadikan pertanian lagi sebagai teras utama UPM dalam membentuk sistem kajian dan pendidikannya.

Permohonan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Disember 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Putra Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 31 Disember 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

2 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam