Jawatan Kosong Yayasan Islam Darul Ehsan Mac 2019

Jawatan Kosong Yayasan Islam Darul Ehsan Mac 2019
Jawatan Kosong Yayasan Islam Darul Ehsan Mac 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Yayasan Islam Darul Ehsan Mac 2019. Yayasan Islam career melibatkan lokasi Selangor. Jawatan kosong Yayasan 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. KETUA JURURAWAT

Yayasan Islam Darul Ehsan jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Yayasan Islam vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jawatan Kosong Yayasan Islam Darul Ehsan Mac 2019

Yayasan Islam Darul Ehsan ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seawal tahun 2011, di mana DYMM Sultan Selangor ketika itu melawat mangsa kejadian tanah runtuh yang melibatkan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat Selangor. Justeru itu, pihak MAIS telah mengambil inisiatif dan setelah dibuat pencambahan fikiran, penubuhan Yayasan Islam bagi tujuan tersebut dicadangkan.

Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil 3/2011 pada 12 Jun 2011 telah meluluskan penubuhan Yayasan ini yang dinamakan Yayasan Islam Darul Ehsan setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Pihak MAIS telah memutuskan juga agar segala urusan dan tugasan berkaitan Yayasan ditadbir oleh Kumpulan MAIS Corporation (KMC), anak syarikat milik penuh MAIS bagi menguruskan hal-ehwal Yayasan. Pendaftaran Yayasan telah diluluskan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 20 Julai 2012 dan mula beroperasi pada 25 September 2012.

Usaha akan giat dijalankan bagi memastikan Yayasan ini dilandasan yang betul dari perlaksanaannya supaya mengekalkan keutamaan di dalam Maqasid Syar’iyah iaitu penjaga Addin (agama), penjagaan An-Nafs (nyawa), penjagaan An-Nasl (keturunan), penjagaan Al-Aql (akal) dan penjagaan Al-Mal (harta). Buat permulaan, pengurusan lebih menumpu kepada mengasaskan pentadbiran yang kukuh/stabil bagi membolehkan perancangan-perancangan dapat dirangka secara sistematik.

Antaranya, pelancaran Yayasan mewujudkan jalinan korporat di kalangan ‘stake holders’, merangka aktiviti-aktiviti berterusan seperti bantuan pendidikan dan bantuan kecemasan terhadap masyarakat sekiranya berlaku malapetaka dan bencana alam mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Yayasan Islam Darul Ehsan

Kekuatan sebuah Yayasan sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti dan sumbangan dana pihak-pihak tertentu yang amat prihatin dengan keadaan sekeliling. Oleh itu, pihak Yayasan Islam Darul Ehsan membuka peluang kepada agensi-agensi kerajaan, badan koporat dan individu tertentu untuk melibatkan diri dalam pemberian sumbangan agar Yayasan ini dapat merealisasikan harapan masyarakat Islam di negeri Selangor. Setiap sumbangan tersebut akan diberi pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Mula tahun 2013, Yayasan Islam Darul Ehsan telah mula mengorak langkah dengan mengambilalih dan mengurus selia lima (5) buah Pusat Dialisis MAIS yang sebelum ini di bawah pengurusan MAIS Dialisis Sdn Bhd. Asas penubuhan Pusat Dialisis MAIS adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang terbaik disamping menerapkan unsur keIslaman kepada semua pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Sinonim dengan badan kebajikan, pada tahun 2014, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memberi mandat kepada YIDE untuk melaksanakan Program Agihan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim di negeri Selangor semasa Majlis Ihya’ Ramadhan bersama DYMM Sultan Selangor sebagai aktiviti tahunan Yayasan dan menguruskan semua hal-ehwal berkaitan anak-anak yatim negeri Selangor yang sebelum ini di bawah pengurusan Bahagian Harta Baitulmal, MAIS.

Yayasan Islam Darul Ehsan berharap agar dapat melaksanakan kebajikan kepada masyarakat di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak-pihak yang prihatin bagi memastikan objektif-objektif penubuhannya tercapai.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Yayasan Islam Darul Ehsan Mac 2019 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Yayasan Islam. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 22 Mac 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam