
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA November 2019. Job postings melibatkan lokasi negeri Pahang. Jawatan Kosong UiTM 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:
- Jurutera
- Pembantu Keselamatan
- Pembantu Tadbir
- Pembantu Setiausaha Pejabat
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Pembantu Pustakawan
- Pembantu Belia Sukan
UiTM jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Universiti Teknologi MARA Pahang vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA, UiTM membuka pintu dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar. Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar.
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA November 2019
Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit yang keseluruhan berjumlah 35 kampus. Dengan 17,488 staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan lebih kurang 515 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana. UiTM merupakan rumah kepada seramai 170,514 pelajar (tempatan, bumiputera dan pelajar antarabangsa), yang terlibat secara sepenuh masa dan sambilan. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Universiti Teknologi MARA Pahang
Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Objektif
Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.
Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.
Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat UiTM.
Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di UiTM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 18 November 2019.