
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2023 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Februari 2023. Dinyatakan Jawatan kosong terkini kerajaan melibatkan lokasi di Selangor. Tambahan pula, Jawatan Kosong UPM 2023 mengikut senarai adalah seperti berikut:
- JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
- PEGAWAI PERGIGIAN UG41
- PEMBANTU KEMAHIRAN H19
- PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
- PEMBANTU VETERINAR G19
- PENGAWAL KESELAMATAN KP11
- SETIAUSAHA PEJABAT N29
Universiti Putra Malaysia jawatan kosong yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Cara memohon jawatan kerajaan UPM mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian.
Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Universiti Putra Malaysia
Universiti Pertanian Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan keperluan Negara. Pada tahun 80-an, UPM mengembangkan bidang pengajian ke bidang Sains dan Teknologi (S&T).
Pada tahun 3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.
Sebagai sebuah universiti yang terkemuka dan menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama pada peringkat antarabangsa, UPM kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi universiti yang dihormati. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan itu, kami warga UPM bersatu hati mengikuti tuntutan visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Februari 2023
VISI » Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
MISI » Memberi Sumbangan Bermakna kepada Pembentukan Kemakmuran dan Pembangunan Negara serta Kesejahteraan Manusia Sejagat Menerusi Penerokaan dan Penyebaran Ilmu
MATLAMAT PENDIDIKAN » Melahirkan Graduan Bitara yang Holistik, Ihsan, Patriotisme dan Berdaya Tahan
NILAI » Ihsan, Kepelbagaian, Kelestarian
Iklan jawatan kosong kerajaan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia 2023 boleh dimohon secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di UPM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Rabu bertarikh 22 Februari 2023.