
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad Malaysia Jun 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. KONSTABEL POLIS BANTUAN
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad Malaysia Jun 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional ialah sebuah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya dianggarkan sejumlah RM 60.0 bilion. Bilangan pelanggannya meningkat sebanyak 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. TNB juga merupakan pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.
TNB melalui anak syarikat juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. TNB juga menyediakan pendidikan tertinggi menerusi universitinya, iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan membuat kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga melalui institusi pendidikan Kekompetenan Penjaga Elektrik (Chargeman) di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Kajang, Selangor.
Pada 4 Mei 1988, Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan kerajaan mengenai dasar penswastaan. Dua undang-undang telah diluluskan untuk menggantikan Akta Elektrik yang sedia ada dan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu perbadanan baru. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1990 oleh Akta Bekalan Elektrik Syarikat 1990, untuk menggantikan Lembaga Letrik Negara (LLN) Malaysia.
Permohonan Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad Malaysia Jun 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 24 Jun 2017.