Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang Januari 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang Januari 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang Januari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
3. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
4. PEGAWAI SYARIAH LS41
5. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
6. PENGHULU NP29
7. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29
8. PELUKIS PELAN JA19
9. PEMBANTU TADBIR P/O N19
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)W19
11. PEMBANTU OPERASI N11
12. PENGHANTAR N11
13. PEMANDU KENDERAAN H11

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Berdasarkan kepada Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri No. 7/1991 telah diperuntukkan enam (6) tugas utama kepada Suruhanjaya Negeri seperti berikut:-

Perlantikan:
Suruhanjaya menguruskan perlantikan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara Tetap, Sementara, Kontrak, Tukar Sementara dan Pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat perlantikan. Suruhanjaya boleh memberikan perwakilan kuasa kepada Kerajaan Negeri/ Jabatan bagi melantik pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam samada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Pengesahan Ke Dalam Jawatan:
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan Anggota Perkhidmatan Awam dalam jawatan, menlanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan.

Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen:
Suruhanjaya menguruskan kemasukan ke dalam jawatan berpencen kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

Kenaikan Pangkat:
Suruhanjaya menguruskan kenaikan pangkat bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri. Walau bagaimanapun kuasa bagi urusan kenaikan pangkat sekarang telah dijalankan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Kerajaan Negeri/ Jabatan. Suruhanjaya Negeri ini hanya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat sahaja.

Pertukaran Perkhidmatan:
Suruhanjaya berkuasa menukarkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara tetap dari satu Skim Perkhidmatan ke satu Perkhidmatan yang lain dan dari satu Perkhidmatan ke Perkhidmatan yang lain bagi Skim Perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar secara tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

Kawalan Tatatertib:
Suruhanjaya menguruskan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat dan hukuman-hukuman yang lain bagi pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional. Kuasa-kuasa tatatertib sehingga buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan telah diberikan kepada Lembaga-lembaga di peringkat Jabatan. Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib bagi kumpulan sokongan tersebut.

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web SPANP. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 31 Januari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam