
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Februari 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Kewangan Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 48
2. PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 48
Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Februari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1 Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut:
Akta Cukai Pendapatan 1967
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Akta Setem 1949
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web LHDN. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 2 Februari 2017.