Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jun 2018

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jun 2018

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jun 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jun 2018. Iklan jawatan kosong kerajaan melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN G29
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
3. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jun 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Peluang kerja kosong mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- “Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.”

Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan dan di antaranya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

PELANTIKAN
Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya telah memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.

PERTUKARAN PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

KENAIKAN PANGKAT
Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi (promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain itu Suruhanjaya juga turut berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

KAWALAN TATATERTIB
Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jun 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 7 Jun 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam