
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor September 2018. Job postings melibatkan lokasi Johor. Johor career 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Pembantu Operasi Gred N11
2. Pemandu Kenderaan Gred H11
3. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N19
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Johor vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor September 2018
Sejarah Perkhidmatan Awam Negeri Johor sebenarnya telah wujud sejak era pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (1855-1862). Baginda yang memerintah Johor pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Pesuruhjaya Muar dan Endau. Tugas utama jawatan ini adalah untuk membantu baginda di dalam urusan pentadbiran dan kewangan negeri Johor.
Selepas perisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Sultan Ibrahim telah membentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dengan pelantikan pegawai-pegawai baru pada tahun 1895. Di antaranya ialah Dato’ Muhammad Ibrahim Bin Munsyi Abdullah, Dato’ Bentara Dalam; Dato’ Mohamed Hassan Bin Dato’ Sri Setia Raja Tahir . Dato’ Jaafar Muhammad terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Johor manakala Engku Suleiman Bin Engku Daud sebagai Pesuruhjaya Negeri dalam Jajahan Muar.
Dato’ Mohamed Mahbob dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Johor. Encik Ismail Bin Bachok menjadi Pesuruhjaya Polis di Muar. Jawatan baru telah diwujudkan seperti Ketua Perbendaharaan, Pesuruhjaya Ketua Polis Negara, Ketua Audit Negeri, Komandan Penjara dan akhirnya Ketua Jabatan Kerja Raya Johor.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor ditubuhkan berdasarkan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri Tahun 1959 dan tertakluk kepada Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi mengendalikan urusan-urusan seperti Pelantikan, Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Rayuan Tindakan Tatatertib.
Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dilantik dengan perkenan DYMM Sultan Johor. Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor 1959 telah melalui beberapa pindaan bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa serta sejajar dengan kemajuan dan pemodenan negara.
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor September 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 18 September 2018.