Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Februari 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Februari 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Februari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Februari 2017. Jawatan ini melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. EXECUTIVE ENFORCEMENT
2. ASSISTANT EXECUTIVE (FINANCE)
3. ASSISTANT EXECUTIVE (TECHNICAL)
4. PERSONAL ASSISTANT (SECRETARIAL)

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Februari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Dalam satu sidang khas Parlimen pada pertengahan 2005, Parlimen Malaysia meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak). Pindaan diwartakan pada 10 Februari 2005 dan ia dikuatkuasakan pada 21 Mac 2005.

Dengan pindaan itu, Kerajaan Persekutuan akan mengawal selia industri perkhidmatan air dari segi pelesenan dan kawal selia operator perkhidmatan. Kerajaan Negeri mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, kawasan tadahan air dan lembangan sungai.

Pada Pertengahan 2006, Parlimen Malaysia meluluskan dua undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 atau Akta SPAN dan Akta Industri Perkhidmatan Air iaitu Akta 655. Akta 654 menggariskan peranan, fungsi dan bidang tugas SPAN manakala Akta 655 memperuntukkan kawal selia meliputi ekonomi, teknikal dan sosial serta perlindungan hak pengguna.

Objektif:

Mewujudkan suatu struktur perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang telus dan bersepadu untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan dan cekap kepada pengguna;

Memastikan bekalan air yang tersedia ada dan berkekalan untuk jangka masa panjang termasuk pemuliharaan air;

Menyumbang kepada kekekalan alur air dan kawasan tadahan air;

Memudahkan kemajuan persaingan untuk menggalakkan ekonomi dan kecekapan dalam industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;

Menubuhkan suatu persekitaran pengawalseliaan yang memudahkan kekekalan keupayaan kewangan antara pengendali industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan bagi jangka masa panjang;

Mengawal selia untuk faedah pengguna bagi jangka masa panjang;

Mengawal selia tarif dan memastikan penyediaan perkhidmatan yang berpatutan atas asas ekuiti;

Meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran melalui pengurusan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan yang berkesan dan cekap;

Menubuhkan suatu sistem kebertanggungjawapan dan pengelolaan antara pengendali industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan; dan
Mengawal selia keadaan selamat dan keselamatan sistem bekalan air dan sistem pembetungan.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Februari 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 20 Februari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam