
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Ogos 2018. Jawatan kosong suhakam melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Suhakam career yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. KETUA PENOLONG SETIAUSAHA, (GRED 48)
Suhakam jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Suhakam vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Sejarah Suhakam iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta suhakam telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.
Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia di malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi Suhakam sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Suhakam oleh Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003
Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi demi kepentingan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna.
Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.
Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan.
Suhakam memulakan operasinya di sebuah kabin kontena di Kementerian Luar Negeri sebagai pejabat sementara. Suruhanjaya akhirnya menyewa premis sendiri di Tingkat 29 dan 30 di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan berpindah kesana pada 24 November 2000. Bangunan itu dipilih kerana lokasinya di tengah-tengah bandaraya dan mudah pula dikunjungi oleh orang awam.
Pada Januari 2011, Suruhanjaya telah berpindah ke premis baru di tingkat 10, 11, 12 dan 13 di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Ogos 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suhakam. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 1 Ogos 2018.